BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Mengenai Saya

Saya mohamad hanif bin nasir umur 19 tahun dan menetap di negeri Melaka bandaraya bersejarah. sya mempunyai 7 orang adik beradik dan sya adalah anak ke 5 dari tujuh. cerita mengenai keluarga sya skit.... sya mulakan dgn mak dan ayah sya....... Ayah sya bernama nasir bin hassan seorang sporting dan panas darah Emak sya bernama jamilah binti mail dan seorang baik hati tapi garang kalo tak dngar ckp dio....... kini tentag adik beradik sya........] no1 nazri bin nasir no2 nadiah binti nasir no3 narduhah binti nasir no4 najib bin nasir no5 ................ tak payah bagi tau na6 hakim bin nasir the lateast.... nabil bin nasir ITULAH SEDIKIT SEBANYAK TENTANG KELUARGA SYA........

Wednesday, August 12, 2009

cerita : terbatal wuduk


'
Di sebuah surau, beberapa orang sedang mendirikan solat Isyak berjemaah dengan diimami oleh seorang imam kampung. Dalam rakaat ketiga, ahli jemaah tersebut mendengar satu bunyi yang kuat bukan sahaja sekadar memecah keheningan malam malah turut menggangu kekhusyukkan solat ahli jemaah semuanya. Selesai sahaja memberi salam, si imam terus berkata: “Siapa yang kentut tadi, sila solat semula kerana wudhuknya batal.” Seorang pemuda dengan cukup berani dan telus memberi respon; “Tapi tuan imam, bagaimana boleh terbatal pula sedangkan saya dari awal lagi tidak berwudhuk?”
'Ilmuwan Hati: Sengaja saya paparkan kisah ini walaupun melucukan tetapi ada mesej tersirat yang perlu difahami terutamanya kepada golongan ibu bapa, agamawan dan pendidik. Dalam sesetengah keadaan tahap pengetahuan generasi muda terhadap ibadah asas dan agama Islam sendiri sangatlah cetek. Maka tidak hairanlah baru2 ini ada kenyataan yang jujur dan ikhlas dari seorang selebriti iaitu dia tidak menyesal berpelukan dengan kekasihnya kerana padanya ia bukanlah satu kesalahan yang besar sehingga boleh menjejaskan ekonomi negara. Sememangnya ungkapan ini ikhlas kerana pada saya itulah sahaja pengetahuan agama yang dia ada sama seperti pemuda yang terdapat dalam cerita di atas. Iktibar dari kisah ini, sewajarnya pengetahuan mengenai perkara-perkara asas yang dituntut oleh agama dan batas2 yang diizinkan perlu diberi perhatian oleh semua ibu bapa, guru2, ustaz, ustazah sejak dari bangku sekolah lagi. Adalah diharapkan apabila asasnya sewaktu kecil sudah kuat maka individu ini apabila dewasa kelak akan terus istiqamah memperdalamkan ilmu pengetahuannya berkaitan agama dan mengamalkannya.

0 ulasan: